Kejohanan Skuasy Remaja: Amir, Ming Hock tepati ramalan pilihan pertama

Oleh Staff Writer 20 Oktober 2019 40
Kejohanan Skuasy Remaja: Amir, Ming Hock tepati ramalan pilihan pertama
Amir Amirul Azhar dan Wee Ming Hock melaungkan amaran bagi mereka yang berniat mencabar pingat emas berpasangan lelaki skuasy apabila mengungguli pusingan pertama Kejohanan Skuasy Remaja SportEexcel-NSC-MILO 2019 hari ini.

Gandingan Amir dan Ming Hock yang turun sebagai pilihan pertama tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasangan pilihan kedua dari Selangor, Kerwin Teh-Sunil Kumar. 

Walaupun lawan cuba menghadirkan tentangan dalam set pertama, namun wakil Kelantan itu bijak mengimbangi permainan sebelum menang 11-10 dan bersambung set kedua, mereka mudah menoktahkan kemenangan dengan keputusan 11-4. 

Kejohanan itu juga menjadi salah satu persiapan penting buat mereka menuju temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor. 

"Amir dan saya sama-sama mempertaruhkan pukulan sangga depan sebagai senjata utama. Jadi, ia kelebihan kami. Ini kali pertama berganding dan kami gembira," kata Ming Hock.

"Lawan semua begitu sukar tetapi mereka banyak melakukan kesilapan, jadi kami gunakan kesempatan itu untuk menghadapi cabaran," tambah Amir.

Sementara itu, saingan berpasangan wanita menyaksikan wakil Melaka, Goh Zhi Xuan-Thaanusa Uthrian, menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil yang diwakili pemain perseorangan muda negara, Aira Azman dan Anrie Goh, 11-6, 11-8. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen