Kejohanan simulasi rangsang suasana kompetitif

Oleh Shaiful Shamsudin 1 Julai 2020 25
Kejohanan simulasi rangsang suasana kompetitif
Kejohanan antarabangsa merupakan pentas bagi skuad bowling negara mampamerkan kemampuan mereka tetapi jika tiada, bagaimana pula caranya?

Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) bagaimanapun sedar akan hal itu dan berkongsi bersama wakil Nadi Arena, Irfan Ali, mengenai langkah terbaik untuk menangani kekurangan pendedahan anak buahnya dalam kejohanan antarabangsa.

Wabak COVID-19 menjejaskan penganjuran kejohanan antarabangsa tahun ini, tetapi latihan penuh yang bakal bermula 9 Julai ini menawarkan keceriaan buat kem negara. 

Justeru,  MTBC bercadang untuk mengadakan kejohanan simulasi yang bermula Ogos depan agar skuad boling tenpin negara mampu menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan sebenar.

"Ia boleh membantu kami mengekalkan prestasi berdasarkan perbezaan setiap lorong.

"Kalau sekadar berlatih, kami  hanya menumpukan perhatian kepada diri sendiri, bukannya terhadap perubahan lorong.

"Jadi kejohanan simulasi ibi boleh membantu mempersiapkan aspek mental  kami," kata pemain wanita negara, Esther Cheah.

 
Posted by KBSMalaysia on Tuesday, June 30, 2020


Dalam masa sama, atlet lelaki negara, Syafiq Ridwan, teruja berpeluang kembali menggilap lontarannya dalam sesi latihan. 

"Perkara ini sudah menjadi rutin kepada kami. 

"Oleh itu sepanjang tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kami hanya duduk rumah  tanpa berbuat apa-apa," katanya. 

Sementara itu, Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengadakan sesi taklimat bersama jurulatih podium serta pelapis kebangsaan bagi prosedur operasi standard (SOP) yang bakal dilaksanakan Ahad ini. 

Seramai 116 jurulatih mengikuti sesi taklimat itu menerusi aplikasi panggilan video yang menyaksikan jurulatih-jurulatih harus merangka program baru bagi atlet mereka.

MSN akan membuka pintu mereka sepenuhnya dengan motto baru, iaitu "back to business dengan norma baharu"

"Kami ingin mengucapkan selamat pulang kepada atlet dan jurulatih.

"Kami perlu kembali dengan lebih kuat dengan usaha yang dilakukan ini. 

"Semua pergerakan ke venue latihan akan direkodkan. 

"Pergerakan dan pendaftaran keluar-masuk di pondok pengawal. 

"Pusat latihan MSN akan dibuka bermula 6 pagi hingga 9 malam," kata Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen