Kejohanan Juara Antara Juara: Emma dalam landasan terbaik pertahan kejuaraan

Oleh Penulis Jemputan 4 November 2017 25
Kejohanan Juara Antara Juara: Emma dalam landasan terbaik pertahan kejuaraan
Emma Firyana Saroji mara ke final Kejohanan Boling Padang Juara Antara Juara yang berlangsung di St John's Park, Australia, hari ini.

Emma yang dalam misi mempertahankan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu, mempamerkan aksi cemerlang menewaskan wakil England, Donna Knight, 11-10, 12-6.

Sebelum ini, Persekutuan Boling Padang Malaysia (MLBF) mengambil keputusan untuk merehatkan Emma daripada bersaing dalam Kejohanan Boling Padang Asia di New Dehli.

Pemenang pingat emas Sukan SEA itu setrusnya akan bertemu Laura Daniels dari Wales yang menewaskan Selina Goddard (New Zealand) 8-2, 11-2.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen