Kisah gemilang skuad boling negara dalam Kejohanan Dunia berterusan apabila sekali lagi mencipta sejarah susulan kejayaan merangkul pingat emas kedua menerusi pasangan Adrian Ng dan Amirul Al Hakim Hasnul Azam dalam acara beregu lelaki.

Kejayaan itu membolehkan skuad boling negara meraih pencapaian terbaik dalam kejohanan itu, menyusuli kejayaan Rafiq Ismail dalam acara perseorangan semalam.

Adrian dan Amirul menang dalam aksi final setelah mengatasi wakil Amerika Syarikat, Andrew Anderson dan EJ Tackett, dengan 433 jatuhan pin, 63 pin mengatasi lawan yang terpaksa berpuas hati dengan 370 jatuhan pin.

Ketika saingan separuh akhir, wakil Malaysia itu telah mengalahkan pasangan Kanada, Dan Maclelland dan Francois Lavoie, dengan 458 jatuhan pin berbanding lawan yang hanya mencatat kutipan 412.