Kejohanan Dunia: Shalin, Li Jane tewas dalam final

Oleh Penulis Jemputan 29 November 2017 699
Kejohanan Dunia: Shalin, Li Jane tewas dalam final
Hasrat ratu boling negara, Shalin Zulkifli, dan Sin Li Jane untuk menyumbang pingat emas pertama menerusi acara berpasangan wanita tidak kesampaian apabila tunduk di tangan pasangan Korea Selatan dalam final Kejohanan Boling Tenpin Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini.

Gandingan negara itu terpaksa akur dengan pingat perak selepas menghimpun 397 jatuhan pin, berbanding 454 milik Jung Da Wun dan Kim Moon Jeung.

"Alhamdullillah, syukur kepada Allah. Saya dan rakan memenangi perak dalam acara berpasangan hari ini. Kami berdua berjuang hebat selepas kecewa dalam acara perseorangam pada hari pertama.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan kami," katanya dalam laman Facebook.

Terdahulu, aksi kemas diperagakan Shalin dan Li Jane yang menyaksikan mereka menumpaskan gandingan tuan rumah, Josie Barnes dan Shannon O'Keefe, yang juga pilihan keempat kejohanan, 363-334 dalam separuh akhir.

Kali terakhir pasangan negara mengecap kejayaan dalam Kejohanan Dunia adalah pada 1999 di Abu Dhabi menerusi gandingan Shalin dan Sarah Yap.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen