Sukan memanah mengekalkan kestabilan dalam program negara apabila akan terus diterajui barisan jurulatih dan atlet sedia ada.

Dalam tempoh krisis COVID-19 yang semakin reda, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) lebih tertumpu terhadap menganjurkan kejohanan tempatan bagi skuad elit negara dalam masa terdekat.

"Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan akan diadakan pada November manakala Kejohanan Kebangsaan pada Disember.

"Venue pilihan masih dalam perbincangan dan mungkin akan diadakan di Lembah Klang berikutan kemudahan yang ada di sini atau Lapangan Memanah Johor iaitu gelanggang Sukan Malaysia (Sukma) 2021.

"Tahun ini langsung tiada kejohanan jadi ini pentas untuk menguji tahap mereka," kata Presiden NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan.