Kejohanan Bola Baling Kebangsaan: Nasib berbeza juara bertahan

Oleh Shaiful Shamsudin 9 Disember 2016 139
Kejohanan Bola Baling Kebangsaan: Nasib berbeza juara bertahan
Juara bertahan kategori lelaki dan wanita, Perak dan Selangor, masing-masing mengalami nasib berbeza dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Baling Kebangsaan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.

Perak memulakan misi mempertahankan kejuaraan kategori lelaki dengan kemenangan 18-9 ke atas Johor dalam saingan Kumpulan B.

Lim Yih Yang muncul wira dengan menyumbang enam gol kepada skuad kendalian Mohd Yusof itu, yang juga pemegang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) yang lalu.

Skuad wanita Perak turut cemerlang selepas mengecewakan penyandang juara, Selangor, 14-6 dengan lima gol dijaringkan tonggak utama, Farah Atifah Arnie.

Tuan rumah, Terengganu, turut bermula dengan langkah kanan apabila menang 26-15 ke atas Pahang yang menyaksikan Mohd Nor Hakimi Zawawi, yang beraksi dalam Liga India, menjaringkan lima gol untuk pasukannya.

KEPUTUSAN

Kumpulan A (Lelaki)
Pulau Pinang 7 Selangor 10
Pahang 15 Terengganu 26
Pulau Pinang 12 Pahang 14

Kumpulan B
Negeri Sembilan 11 Kelantan 11
Johor 9 Perak 18
Kelantan 11 Sabah 20

Kumpulan A (Wanita)
Johor 12 Pahang 9

Kumpulan B
Selangor 6 Perak 14
Melaka 16 Kelantan 6

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen