Pemain tenis generasi seterusnya tidak akan dapat merampas kedudukan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, menurut pemenang grand slam tiga kali Andy Murray.

Pengalaman perlawanan utama Djokovic terpancar ketika meraih kemenangan straight-set ke atas wakil Russia, Daniil Medvedev, bagi meraih gelaran Terbuka Australia buat kali kesembilan dan yang grand slam yang ke-18 sepanjang kariernya.

Wakil Serbia itu meraih enam daripada 10 yang terakhir, dengan pemenang grand slam 20 kali Rafael Nadal meraih tiga dan Dominic Thiem memenangi kejuaraan utama buat pertama kali dalam Terbuka AS 2020.

Undian kelihatan terbuka buat wakil Austria itu di Flushing Meadows apabila Djokovic disingkirkan dalam pusingan keempat kerana membaling bola terkena salah seorang pengadil perlawanan.

Thiem menjadi satu-satunya pemenang pertama kali dalam 24 kejuaraan sepanjang tempoh enam tahun, dan Murray tidak berasakan kedudukan akan berubah dalam masa terdekat ini.

"Pemain-pemain muda, baig saya, mereka tidak membuktikan mereka dapat menghampiri Djokovic," kata Murray.

"Saya menjangkakan aksi final [Terbuka Australia] lebih sengit tetapi ia tidak mencerminnya.

"Apabila anda bertemu seseorang yang telah memenangi 17 grand slam, ia agak menakutkan.

"Sememangnya dalam Terbuka AS, Dominic Thiem telah melakukan yang termampu untuk menang. Tetapi jika Novak tidak disingkirkan atas kesilapannya, ia akan menjadi keputusan yang sama, pendapat saya."


Membuat persiapan bagi jelajah pertamanya musim ini dalam saingan ATP 250 Montpellier, Perancis, Murray menjauhkan diri daripada saingan grand slam bagi memulihkan kecederaan pinggulnya.

Pemain berusia 33 tahun itu mengakui tidak menonton perlawanan di Melbourne Park ketika menyasarkan untuk kembali ke tahap tertinggi.

"Saya tidak menontonnya kerana saya mahu berada di sana sendiri," Murray added.

"Saya berhenti mengikuti semua pemain tenis di media sosial dan lain-lain kerana saya tidak mahu melihatnya."