Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak terlintas untuk bersara di sebalik kecederaan ligamen lutut selain perancangan mendirikan rumah tangga. Realitinya, dia masih belum puas memburu kilauan pingat untuk Malaysia.

"Sebenarnya, kecederaan ligamen lutut ini sesuatu yang di luar jangkaan kerana hanya kerap mengalami kecederaan hamstring sebelum ini.

"Ini merupakan kali pertama mengalami kecederaan ini, saya agak kecewa dan risau pada mulanya tetapi setelah berbincang dengan jurulatih, saya menjalani pembedahan Julai ini dan menjalani proses pemulihan.

"Saya masih belum berfikir untuk bersara. Walaupun bakal mendirikan rumah tangga, saya masih tetap tidak akan mengetepikan sukan dan akan terus berlari dan berusaha mencapai ke tahap lebih tinggi.

"Sepanjang saingan yang tertangguh ekoran Covid-19, banyak saingan yang tertangguh dan saya akan memanfaatkan tempoh ini berehat dan kembali ke tahap terbaik."