Keadaan Kamal mula beri petanda positif

Oleh Ammar Hakim 10 November 2020 1261
Keadaan Kamal mula beri petanda positif
Setahun lebih berada dalam keadaan lumpuh separuh badan, bekas sepak takraw negara, Kamal Ishak, menghadirkan petanda positif apabila sudah boleh menggerakkan semula jari kakinya.

Dalam dia bergelut dengan situasi berkenaan, bekas perejam itu turut berusaha mencari nafkah untuk menampung kehidupan keluarganya dalam tempoh sukar ini.

Bekas perejam negara itu pernah menghiasi pentas takraw antarabangsa -- daripada saingan tempatan seperti Piala Emas Khir Johari sehinggalah ke Sukan SEA dan Piala Raja Thai, semua sudah dirasai Kamal.

Namun kemalangan yang menimpanya Februari 2019 jelas memberi tamparan hebat untuk Kamal Ishak yang ketika itu masih di puncak karier.

"Saya telah koma hampir dua minggu selepas mengalami kemalangan itu, setelah sedar, saya tidak dapat melakukan sebarang pergerakan dan sejak itu, saya memikirkan tentang keluarga saya," kata Kamal.

"Perkara yang memperkuatkan semangat saya adalah mengenai keadaan anak yang ketika itu masih lagi dalam kandungan isteri saya dan ia merupakan batu loncatan bagi saya terus bersemangat."

Isteri dan anak tercinta menjadi penguat semangat meneruskan kehidupan -- di sebalik dalam keadaan lumpuh separuh badan, Kamal berusaha mencari nafkah untuk keluarga, dan dalam masa sama berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Saya telah menceburi bidang perniagaan dalam talian bagi memastikan kelangsungan kehidupan saya dan keluarga," katanya lagi.

Bibit rasa rindu melihat rakan rakannya beraksi di televisyen, namun tidak menahan sebak memikirkan nasib yang kini sedang ditanggungnya.

"."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen