Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kembali aktif dengan menganjurkan Kejohanan Kayuhan Maya (MNCF) 2020 yang bermula dari 7 Ogos lalu hingga Sabtu depan.

Ahli Majlis PKBM, Nor Azman Abu Samah, berkata penganjuran yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan umur.

"Bagi kejohanan yang julung-julang kali diadakan ini, kami terima penyertaan (yang memberangsangkan) iaitu seramai 804 peserta.

"Tempoh tarikh pendaftaran yang dibuka pun tidak sampai sebulan.

"Idea ini lahir ketika awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang mengajak peserta di rumah untuk berkayuh menggunakan peranti latihan atau berkayuh di jalan raya dengan menggunakan kenderaan masing-masing agar mereka masih boleh terus beriadah dan menjaga kesihatan," katanya.

Posted by PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA on Saturday, August 22, 2020