Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, mencipta kejutan apabila memecah rekod kebangsaan recurve individu lelaki selepas cemerlang dalam pusingan awal kejohanan simulasi di Lapangan Sasar Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.

Olimpian itu membidik 690 mata ketika di peringkat kelayakan, satu mata mengatasi rekod lama miliknya.

Catatan dalam Karnival Sukan MSN 2020 itu akan disahkan memandangkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) mematuhi spesifikasi antarabangsa dengan peralatan kutipan mata elektronik dan pegawai bertauliah.

Lebih menarik, Khairul Anuar di landasan tepat untuk mencipta kejuaraan hatrik apabila layak ke final selepas menewaskan Haziq Kamaruddin 6-2 dalam separuh akhir.

Dalam final, atlet kelahiran Terengganu itu akan berdepan Muhamad Zarif Syahir Zolkefli esok.

Karnival Sukan MSN 2020

Posted by National Archery Association of Malaysia on Friday, December 11, 2020