Jurulatih angkat berat kebangsaan letak jawatan

Oleh Shaiful Shamsudin 31 Disember 2016 25
Jurulatih angkat berat kebangsaan letak jawatan
Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengesahkan jurulatih kebangsaan, Lukman Junarto, telah meletak jawatan dan secara tidak langsung bakal menjejaskan persiapan atletnya menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berbaki lapan bulan sahaja lagi. 

Lukman menyatakan masalah keluarga di Indonesia sebagai alasan peletakan jawatannya. 

Pengendali Program Kita Juara itu sudah pulang ke Indonesia, sekali gus menambah cabaran PABM dalam memastikan atlet negara mendominasi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. 

PABM mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatannya beberapa hari lalu. 

"Kami kehilangan seorang jurulatih yang baik. 

"Beliau mengendalikan sesi latihan dengan baik dan berpegang kepada disiplin selain menjaga diet atlet dengan baik. 

"Sayangnya, kami terpaksa melepaskan dia," kata Setiausaha Kehormat PABM, Pang Siew Huat. 

Sejak tiba ke Malaysia pada 2014, sentuhan Lukman berjaya membantu jaguh negara, Mohd Hafifi Mansor, merangkul pingat emas kategori 69kg Sukan Komanwel Glasgow 2014. 

Namun, mereka kemudian berselisih faham hingga Lukman tidak mengiringi Hafifi ke Sukan Olimpik Rio 2016. 

Sehubungan itu, PABM sedang mencari pengganti sesuai untuk mengisi ketiadaan Lukman menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen