Jun Hoong hanya dibekalkan makanan segera selama sebulan di bandar hantu

Oleh Ammar Hakim 14 September 2020 201
Jun Hoong hanya dibekalkan makanan segera selama sebulan di bandar hantu
Hanya makanan segera menjadi bekalan sepanjang tempoh sebulan berlatih di Guangzhou, China ketika tempoh perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19 malah penerjun negara, Cheong Jun Hoong hanya ditemani pengendali, Yang Zhuliang, berlatih di kawasan yang dianggap bandar hantu sebelum diarahkan pulang ke Malaysia, Februari lalu.

"Ketika saya berada di China, Covid-19 telah menular dengan agak serius dan Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah menyarankan untuk pulang ke Malaysia. Ketika itu, saya berasa selamat dan tidak risau kerana tiada orang yang boleh keluar mahupun masuk di kawasan tersebut dan boleh membenarkan saya berlatih seperti biasa," kata Jun Hoong.

"Ketika saya ke pasaraya untuk mendapatkan bekalan makanan, keadaan di sana seperti di dalam filem, sangat sunyi dan tiada orang!" 

Jun hoong sempat berlatih di Guangzhou selama sebulan ketika pandemik Covid-19 melanda China dan seluruh dunia.

Dia membuat persiapan rapi menjelang Piala Dunia di Jepun yang sepatutnya diadakan April lalu sebagai peluang terakhir layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Walaupun berlatih sendirian namun penerjun berusia 30 tahun itu tetap berkeras mahu menamatkan program itu sebelum diarahkan pulang oleh MSN ekoran penularan makin serius.

Jun Hoong tiba di Malaysia 14 Mac lalu.

"Saya mahukan layak ke Sukan Olimpik pada permulaan tahun ini dan ia telah ditangguh ekoran Covid-19. Saya tidak memikirkan perkara lain dan hanya memberikan tumpuan kepada latihan ketika di sana. Berlatih di Malaysia atau luar negara adalah sama kerana kita perlu menyertai kem latihan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen