Julian layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 

Oleh Penulis Jemputan 30 September 2017 1084
Julian layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 
Skuad luncur ais negara terus mengharumkan nama Malaysia selepas Julian Yee menjadi atlet kedua negara layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyongchang, Korea Selatan. 

Julian, 20, menjadi atlet kedua daripada skuad luncur ais negara yang cemerlang untuk memastikan slot di Pyongchang menerusi acara figure skating selepas Jeffrey Webb terlebih dahulu layak untuk temasya dari 9 hingga 25 Februari itu nanti. 

Julian, yang mengisi ranking ke-38 dunia, layak selepas menduduki tempat keenam dalam Kejohanan Trofi Nebelhorn CS di Jerman yang menyaksikan tujuh peserta terbaik layak secara automatik ke Sukan Olimpik Musim Sejuk. 

Dalam temasya KL2017 bulan lalu, Julian selaku finalis dua kali Kejuaraan Dunia mengetepikan pencabarnya yang juga Olimpian Filipina, Michael Christian Martinez, dalam acara bebas untuk meraih pingat emas.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen