Joshua, Pulev sah bertarung 12 Disember ini

Oleh Ammar Hakim 17 Oktober 2020 84
Joshua, Pulev sah bertarung 12 Disember ini
Pertarungan antara Anthony Joshua dan Kubrat Pulev telah disahkan bakal dianjurkan pada 12 Disember di O2 Arena, London. 

Joshua sepatutnya dijadualkan bertemu petinju Bulgaria itu di Stadium Tottenham Hotspur Jun lalu bagi mempertahankan gelaran dunia IBF, WBA dan WBO.

Bagaimanapun, pertarungan itu telah ditangguh ekoran pandemik coronavirus dan penganjur pertandingan, Eddie Hearn, mencadangkan perlawanan antara dua petinju  British dengan Tyson Fury mungkin diadakan jika tarikh baru ditetapkan untuk bertemu Pulev. 

Ia telah disahkan Joshua akan berdepan pencabar mandatorinya dalam perlawanan pertamanya di England sejak dua tahun yang lalu, kali pertama kembali ke gelanggang selepas mengatasi Andy Ruiz Jr dalam perlawanan ulangan di Dubai tahun lalu. 

"12 Disember adalah tarikhnya dan sekali lagi semua gelaran heavyweight bakal dipertaruhkan dan tumpuan utama saya adalah memastikan pada 13 Disember setiap gelaran itu kekal di UK," kata Joshua menerusi Sky Sports. 
 
"O2 Arena adalah gelanggang asli sang juara, saya memiliki banyak sejarah di sana tetapi tanpa kehadiran penonton merupakan sesuatu yang kehilangan yang besar. Saya berharap, sebilangan kecil dapat hadir menyaksikan perlawanan ini dengan memastikan setiap garis panduan diikuti. Saya amat menghormati setiap lawan dan saya menghormati Pulev. Saya berharap dia dapat melakukan persiapan dengan baik."

Pulev, 39 tahun, hanya tewas sekali dalam 29 perlawanan profesional -- tewas secara knockout di tangan Wladimir Klitschko pada 2014. 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen