Joshua: Fury dedahkan kelemahan Wilder

Oleh Nafis Abdullah 16 April 2020 101
Joshua: Fury dedahkan kelemahan Wilder
Anthony Joshua percaya juara heavyweight WBC, Tyson Fury, berupaya untuk mendedahkan kelemahan Deontay Wilder.

Fury merampas kejuaraan WBC daripada Wilder dalam aksi tujuh pusingan di Las Vegas, Februari lalu.

Joshua -- yang memegang tali pinggang WBA, IBF dan WBO -- berpendapat rakan senegaranya itu berupaya untuk mengatasi satu-satunya senjata yang dimiliki wakil dari Amerika Syarikat itu.

"Kami sering melihat dalam setiap pertembungan, ia sukar untuknya. Dia menggunakan tumbukan dan meraih kemenangan tetapi saya sering percaya, apabila bertempur, anda tidak boleh memiliki satu senjata iaitu tangan kanannya," katanya.

"Jika ia dapat dipatahkan seperti apa yang dilakukan Fury, saya tidak melihat kepada taktik tetapi kemampuan untuk menafikan Wilder dan mendedahkan kelemahannya.

"Fury menjalankan tugas dengan baik secara taktikal dan saya tidak sabar menyaksikan pertemuan semula itu."


Joshua berkata dia sentiasa fikir Wilder mampu ditewaskan selepas kekalahan pertama dalam karier profesional.

"Saya percaya Fury mampu mencapai potensi yang ada," tambahnya.

"Saya fikir, Wilder adalah bekas juara dan berpeluang untuk bangkit tetapi apa yang saya tahu, apabila dia mencapai tahap tertinggi, ia akan jadi sukar kerana hanya menggunakan sebelah tangan."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen