Perintah kawalan pergerakan (PKP) tampak memberi kesan daripada segi kewangan kepada beberapa atlet kebangsaan.

Antara yang terkesan ialah atlet kickboxing negara, Mohammed Mahmoud, atau 'Jordan Boy' yang mengakui terpaksa menggunakan duit simpanan ekoran ketiadaan sebarang kejohanan melibatkan One Championship.

"Sebagai contoh, sebelum ini saya meraih sekitar RM10,000, jadi apabila situasi ini berlaku, sukar untuk saya melangsaikan komitmen harian seperti bayaran rumah dan kereta," katanya.

Bagaimanapun, dia tampak masih boleh menarik nafas lega kerana berada dalam program bagi persedian Sukan SEA Vietnam, tahun depan.

Difahamkan, Majlis Sukan Negara (MSN) akan membayar elaun kepada atlet terbabit, penghujung bulan ini.

"Saya mempunyai kereta persendirian, sambil bayaran rumah dikongsi dengan ayah dan abang. Apabila ayah, abang dan saya tidak mempunyai pendapatan, kami perlu bekerja kerasa untuk menyediakan kelengkapan."