Jeremiah belum mahu bersara

Oleh Staff Writer 7 Julai 2020 45
Jeremiah belum mahu bersara
Ketika skuad gimnastik negara sedang dilanda gelombang persaraan atlet, gimnas lelaki, Jeremiah Loo, belum mahu mengikut jejak itu.

Sekalipun dihimpit masalah kewangan dan kecederaan bahu yang serius, Jeremiah akan terus beraksi demi membawa misi yang belum ditunaikan.

Impiannya adalah untuk membuat penampilan sulung dalam Sukan Olimpik Tokyo 2021 selain Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2022.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu, bagaimanapun, terpaksa akur selepas pulang dengan tangan kosong daripada Sukan SEA Filipina 2019 memandangkan dia mengalami kecederaan jangka panjang sebelum temasya itu bermula.

Situasi itu mendorong perasaan ingin bersara selain perlu mencari pekerjaan demi membantu keluarganya, namun Jeremiah mahu mencapai impiannya dahulu.

"Bukan sebab saya tidak minat atau hilang semangat, cuma saya mengalami masalah kewangan.

"Tetapi setelah mempertimbangkan aspek lain, saya memutuskan untuk kembali beraksi, 

"Saya juga ada berbincang dengan keluarga dan mereka memberikan reaksi positif dan kata-kata semangat.

"Saya sedia untuk mengambil peluang yang ada," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen