Jelajah Semenanjung: Elchin juara peringkat pertama

Oleh Staff Writer 15 Oktober 2019 242
Jelajah Semenanjung: Elchin juara peringkat pertama
Pelumba basikal skuad Azerbaijan, Elchin Asadov, muncul juara peringkat pertama Jelajah Semenanjung dalam perlumbaan pembukaan, hari ini.

Elchin mencatat 3 jam 57 minit 16 saat untuk menyarung jersi kuning manakala jersi merah disarung oleh pelumba PGN Cycling Team, Aiman Cahyadi dari Indonesia.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Kami tiba lewat kerana menghadapi perlumbaan di Turki sebelum ini. Dari sana, saya telah mengharungi perjalanan sejauh 11 jam ke Kuala Lumpur sebelum terbang pula ke Terengganu.

"Saya akan cuba mengekalkan jersi kuning ini sehingga hari terakhir dan kami akan berusaha sebaik mungkin sebagai satu pasukan," kata Elchin.

Dalam peringkat kedua, kayuhan akan bermula di Kuala Terengganu sehingga Chukai dengan jarak keseluruhan 157.4 kilometer.

Dalam peringkat tersebut, pelumba akan bermula dengan tiga zon pecutan di Marang, Kuala Dungun, Paka dan akhirnya tamat dengan zon pendakian di Kijal.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen