Jelajah Semenanjung: Dungun buka tirai saingan

Oleh Penulis Jemputan 15 Oktober 2019 59
Jelajah Semenanjung: Dungun buka tirai saingan
Aksi Jelajah Semenanjung membuka tirainya hari ini tatkala laluan dari Dungun ke Kuala Terengganu menjadi peringkat pertama perlumbaan.

Jarak bagi peringkat pertama menyaksikan laluan sejauh 185.6 kilometer menjadi cabaran buat barisan pelumba dan memiliki satu zon pendakian serta satu zon pecutan.

Perlumbaan semakin menarik apabila juara Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Benjamin Dyball, disahkan tidak menyertai saingan.

Zon pendakian akan bermula di Kampung Peris sejauh 86km dengan kecerunan setinggi 77 meter sambil tiga zon pecutan melibatkan Kuala Berang, Kelulut dan Rusila.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 5.30 petang dan 7.30 malam ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen