Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Marcus Culey, mengekalkan kecemerlangan semalam selepas unggul dalam peringkat ketiga Siri Berbasikal Jelajah Selangor Edisi Kedua hari ini.

Saingan peringkat ketiga memerlukan pelumba untuk menempuh laluan dari Cyberjaya ke Bukit Jugra yang melibatkan jarak sekitar 90.1 kilometer.

Biarpun berdepan tentangan daripada rakan sepasukan, Muhd Zawawi Azman, dan Christofer Robin Jurado (TSG), pelumbar berusia 26 tahun itu tidak berdepan masalah untuk menamatkan saingan peringkat ketiga di tempat pertama.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.