Jelajah Malaysia peringkat ketiga, laluan Gua Musang ke Pasir Putih

Oleh Staff Writer 20 Oktober 2016 14
Jelajah Malaysia peringkat ketiga, laluan Gua Musang ke Pasir Putih
Perlumbaan peringkat ketiga saingan Jelajah Malaysia 2016, menyaksikan pelumba-pelumba dilepaskan di Dataran Kesedar Putra, Gua Musang, Kelantan, menuju ke Pasir Putih membabitkan jarak sejauh 169.1km.

Peringkat ketiga menawarkan tiga zon pecutan, iaitu di Kampung Lata Rek, Bukit Sireh, dan Banggol Telipot. Tetapi pelumba perlu melalui zon pendakian terlebih dahulu di Gua Musang, pendakian kategori empat dan di Chiku serta di Paloh.

Tumpuan untuk hari ini bakal terarah kepada penyandang jersi kuning daripada pasukan Pishgaman Giant, Armin Moazami Godarzi, adakah dia mampu untuk mempertahan jersi berkenaan selepas memiliki kelebihan tiga minit di hadapan rakan sepasukannya yang lain.

Tumpuan juga bakal terarah kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), yang masih lagi menanam hasrat untuk menaiki podium pertama mereka dalam kempen jelajah kali ini, selain mempertaruhkan Mohd Harris Salleh, bagi acara pecut.

Pelumba-pelumba dijangka akan tiba di Pasir Putih jam 3.10 petang ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen