Jelajah Malaysia: Peringkat keempat janjikan kesukaran

Oleh Penulis Jemputan 5 Oktober 2017 84
Jelajah Malaysia: Peringkat keempat janjikan kesukaran
Saingan peringkat keempat Jelajah Malaysia 2017 esok bakal menyaksikan perlumbaan yang mencabar apabila melibatkan laluan setinggi 1,217 meter.

Antara wakil tempatan yang dijangka bakal mencuri perhatian adalah pemenang peringkat pertama, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki daripada Terengganu Cycling Team (TSG) dan Muhammad Zawawi Azman (Team Sapura Cycling).

Turut menjanjikan persaingan sengit dalam laluan yang melibatkan pendakian kelas hors ke Gunung Jerai itu adalah pelumba kebangsaan, Muhammad Ameer Ahmad Kamal.

"Ini adalah kali pertama saya menaiki Gunung Jerai dan saya tidak tahu apa-apa mengenai keadaan jalan serta ketinggiannya. Saya akan cuba strategi untuk esok," ujar Nur Amirul.

"Saya akan cuba untuk mengekalkan jersi merah yang saya miliki sambil cuba merebut jersi kuning. Sebelum ini, saya pernah beraksi di laluan ini," kata Muhammad Zawawi.

"Esok adalah peringkat paling tinggi dan saya akan cuba menamatkan saingan dalam kelompok di hadapan," tambah Muhammad Ameer.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen