Jeganathan: Atlet Paralimpik perlu segera kembali jalani latihan

Oleh Ammar Hakim 30 Oktober 2016 2
Jeganathan: Atlet Paralimpik perlu segera kembali jalani latihan

Ketua jurulatih olahraga Paralimpik negara, R. Jeganathan, memberikan amaran buat empat pemenang pingat Paralimpik negara agar segera kembali kepada tugasan hakiki mereka bermula November.

Kemasyhuran yang keterlaluan membuatkan Jeganathan bimbang.

Kejayaan di Rio, Brazil mencetus sambutan luar biasa pihak media sehingga mengganggu program latihan awal Jeganathan ketika ini.

Segala-galanya perlu kembali seperti sediakala memandangkan mereka miliki beberapa kejohanan bertaraf dunia tahun hadapan.

“Tiada  siapa yang mengetahui mereka tetapi perubahan kepada mereka sekarang adalah sebagai seorang juara. Itu merupakan apa yang membanggakan jurulatih tetapi mereka harus kembali menjalani latihan seperti biasa,” kata Jeganathan.

Jeganathan tidak mahu Ridzuan Puzi, Ziyad Zulkifli, Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail lupa diri dengan kemasyhuran yang dianggap bersifat sementara.

“Kami masih memiliki matlamat untuk 2017 sehingga 2020, kami akan membuat pemilihan untuk siapa yang bakal dipilih untuk ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti.”

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen