Jaguh lompat jauh negara, Andre Anuar Anura, di landasan tepat untuk melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, 8.22 meter.

Selepas sembilan bulan tanpa pertandingan akibat ancaman COVID-19, atlet kelahiran Sabah itu mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam Kejohanan Ujian di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam apabila mencatat 9.73m.

Ia menghampiri rekod terbaiknya yang juga merupakan catatan kebangsaan, 8.02m, ketika melakukannya dalam kejohanan ujian Sukan SEA di Filipina tahun lalu.

"Saya tidak jangka dapat buat lompatan 9.73m sebab saya hanya sempat membuat 15 percubaan sahaja.

"Lagipun saya lebih memberi tumpuan kepada latihan lompat kijang.

"Ini satu petanda positif untuk saya kejar kelayakan merit ke Sukan Olimpik Tokyo.

"Saya perlu kekalkan momentum dan elak daripada tercedera sambil berharap lebih banyak pertandingan kompetitif bermula hujung tahun ini dan tahun depan dalam usaha saya memburu tempat ke Sukan Olimpik," katanya.

Andre Anura Anuar, pemegang rekod kebangsaan acara lompat jauh menunjukkan peningkatan setiap tahun. #astroarena #olahraga

Posted by Astro Arena on Monday, November 9, 2020



Sementara itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak mengiktiraf pencapaian ratu tukul besi, Grace Wong, yang merakamkan rekod baru kebangsaan, 62.90m, ketika mengatasi rekod terbaik miliknya sendiri, 60.99m, semalam.

"Kejohanan Ujian ini dikendalikan oleh barisan jurulatih di sini termasuk atlet yang tidak bertanding lantas sebarang rekod tidak akan diiktiraf.

"Bagaimanapun, Grace menunjukkan satu petanda bahawa dia mampu memecah rekod ini dalam kejohanan yang disertai pegawai bertauliah kelak," kata ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil.