Jackie perlukan program latihan lebih baik

Oleh Penulis Jemputan 1 November 2018 63
Jackie perlukan program latihan lebih baik
Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong, mahukan ketelusan dalam pemilihan program prestasi tinggi baru sukan negara bagi membantunya merekodkan balingan 70 meter.

Olahraga hanya berada dalam peringkat keempat program baru sukan negara dengan fokus kepada Sukan SEA 2019.

Jackie yang sudah mencapai status terbaik Asia Tenggara mengidam untuk berada dalam kalangan elit benua ini.

Pemilihan program baru sukan negara juga akan berteraskan kepada pretasi semasa atlet.

Atas dasar itu, Jackie menaruh harapan pendekatan itu dilaksanakan agar dia lebih bersemangat mendapatkan sokongan tambahan seperti dinikmati sukan dan atlet dalam peringkat  atasan.

Jarak 70m itu juga boleh menghampirkan dia dalam kelompok lima terbaik Asia berdasarkan temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia.

"Saya masih belum berpuas hati dengan balingan tahun ini. Saya menjalani latihan intensif untuk melakukan balingan yang lebih baik," kata Jackie.

"Jika saya dibenarkan untuk menjalani latihan di luar negara, ia akan melonjakkan prestasi saya kerana dapat meraih pengalaman serta teknik yang digunakan oleh barisan atlet bertaraf lebih tinggi," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen