Isu doping gugat periuk nasi kem angkat berat 

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2018 87
Isu doping gugat periuk nasi kem angkat berat 
Gara-gara hanya segelintir yang buat hal, kes doping melibatkan sukan angkat berat turut terpalit kepada atlet negara yang tidak bersalah dan lebih mengeruhkan keadaan, ia bakal menjejaskan periuk nasi mereka.

Kekecewaan itu diluahkan atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, yang risau dengan nasib sukan angkat berat Malaysia.

Program kebangsaan sudah pun digantung selama setahun dan atlet negara tidak akan dihantar untuk menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa ekoran kes terdahulu.

Kini mereka khuatir tindakan lebih agresif seperti disenaraihitamkan dan dikeluarkan daripada program kebangsaan dikenakan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

"Kami tidak boleh bertepuk tangan atas nasib malang yang menimpa yang orang lain, jadi kami mesti memberi sokongan terhadap mereka," kata Azroy.

Jika perkara itu terjadi, maka kesemua atlet dan barisan kejurulatihan terlibat bakal hilang mata pencarian untuk menyara diri dan keluarga apabila rata-rata bergantung kepada elaun yang disediakan MSN.

"Kalau angkat berat disenarai hitam, saya berasa amat terkilan. 

"Kasihan kepada jurulatih, mereka nak beri makan apa kepada keluarga nanti memandangkan mereka sudah lama dalam bidang ini.

"Saya harap MSN boleh buat keputusan terbaik untuk mereka," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen