Ishak terkilan YAKEB mansuh keistimewaan 

Oleh Penulis Jemputan 16 November 2019 0
Ishak terkilan YAKEB mansuh keistimewaan 
Bekas pelumba trek negara, Ishak Alwi, kecewa apabila Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) memansuhkan rawatan hospital swasta untuk semua jagoan yang pernah menabur bakti untuk Malaysia.

Ishak antara ribuan bekas atlet negara yang bergantung kepada YAKEB bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Namun, bantuan berkenaan dihentikan sekali gus bermakna, mereka terpaksa merujuk kepada hospital kerajaan.

Ia berlaku ketika Ishak mendapatkan rawatan membuang nanah di bahagian kaki yang dipotong ekoran penyakit kencing manis.

"Lebih eloklah kalau bakti kami dihargai, ibarat jasa kami dikenang. 

"Tetapi kalau sudah jadi macam ini, terpaksalah minta bantuan daripada anak-anak.

"Saya harap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, dapat menyuarakan perkara ini di dalam parlimen," katanya di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini. 

Isu ini mendapat perhatian beberapa bekas atlet negara berikutan yayasan berkenaan, yang memiliki seramai 2500 ahli berdaftar, ditubuhkan demi menjaga kebajikan mereka. 


 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen