Indonesia belanja RM11 bilion untuk Sukan Asia

Oleh Penulis Jemputan 27 November 2017 814
Indonesia belanja RM11 bilion untuk Sukan Asia
Indonesia membelanjakan RM11 bilion sebagai persiapan menyeluruh bagi menganjurkan Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September tahun depan.

Menurut Timbalan Pengerusi Kanan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia 2018 (INASGOC), Harry Warganegara, Kerajaan Indonesia telah membahagikan bajet itu berdasarkan tiga bahagian.

"Pemerintah Indonesia membentuk pembahagian kepada tiga kategori. Pertama adalah untuk kemudahan, kedua untuk jawatankuasa penganjuran dan satu lagi adalah untuk persiapan atlet," katanya.

"Bajet untuk kemudahan adalah sekitar Rp3 trilion, manakala untuk jawatankuasa penganjur kira-kira Rp5 trilion dan persiapan atlet adalah Rp1 trilion. Ia adalah bajet yang disediakan oleh kerajaan."

Tambah Harry, menerusi penganjuran sukan terbesar Asia itu, Kerajaan Indonesia juga akan melihat kepada tiga perkara utama dalam menentukan kejayaannya.

"Paling utama adalah kejayaan mengendalikan temasya sukan itu dan kejayaan dalam persembahan atlet. Selain itu, kami juga melihat kepada pertumbuhan ekonomi. 

"Oleh sebab itu, mengikut 'tagline' kami menggunakan Energy of Asia. Ia menyasarkan kepada perhimpunan Asia dan kami mahu momentumnya dapat dicapai," ujarnya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen