Impian pemenang pingat emas acara 100 meter Sukan SEA Filipina 2019, Haiqal Hanafi, tidak direalisasikan selepas tiada dalam senarai kem olahraga yang akan ke Terbuka Kazakhstan 2021 19 dan 20 Jun ini.

Ketika ini, skuad olahraga hanya mempunyai dua kejohanan, Terbuka Kazakhstan dan Malaysia menjadi kayu pengukur nilai prestasi mereka menjelang Sukan SEA Vietnam November depan.

11 nama dalam radar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) antara nama yang dipilih ke Kazakhstan adalah Khairul Hafiz Jantan, Rayzam Shah dan Jonathan Nyepa.

"Sebelum ini saya telah mengambil keputusan untuk ke Kazakhstan namun selepas tidak senarai, saya sedia terima dan akur sebarang keputusan yang diambil pihak persatuan," kata Haiqal.