ICC campur tangan isu Kinrara Oval

Oleh Penulis Jemputan 22 Oktober 2018 123
ICC campur tangan isu Kinrara Oval
Isu Kinrara Oval yang bakal diambil alih pihak pemaju menyaksikan campur tangan daripada Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) yang sudah menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, agar venue berkelas dunia itu dipertahankan.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), V. Mahinder.

"ICC sudah mengadakan mesyuarat jawatankuasa tertinggi di Singapura minggu lalu dan mereka memberikan sokongan kepada kami untuk mengekalkan venue itu memandangkan ia antara venue kriket terbaik di rantau ini.

"Selain itu, mereka juga mengeluarkan kenyataan media selain bakal menulis surat yang akan kami hantar kepada pihak menteri," kata Mahinder.

Turut berlangsung di Kinrara Oval pagi tadi adalah pertembungan dua gergasi kriket dunia, Pakistan menentang Australia. 

"Bukan mudah untuk kita menyaksikan perlawanan berkualiti seperti ini secara langsung.

"Australia merupakan pasukan nombor satu dunia.

"Pakistan sudi menggunakan Kinrara Oval sebagai laman mereka.

"Ini menunjukkan kualiti yang dimiliki vanue itu," tambah Mahinder.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen