Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, menetapkan sasaran tinggi dalam saingan Trek Klasik Sydney, Sabtu ini -- kejohanan sulung tahun ini untuk membuktikan dia prospek terbaik layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hup Wei menetapkan ketinggian 2.20 meter di Sydney.

Ia sasaran tinggi memandangkan kejohanan pertama selalunya sukar untuk mana-mana atlet.

Malah rakan sepelatih, Nauraj Singh hanya melepasi 2.05m dalam saingan Trek Klasik Canberra, minggu lalu.

"Saya mahu memperbetulkan teknik saya ketika menghadapi kejohanan itu. Ini merupakan pertandingan pertama dan meletakkan sasaran 2.20m ke atas. Kali terakhir memenangi kejohanan di sana pada 2018," kata Hup Wei.