Hup Wei: ADAMAS perlu terlibat dalam Sukma

Oleh Staff Writer 10 Januari 2020 107
Hup Wei: ADAMAS perlu terlibat dalam Sukma
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, bimbang Sukan Malaysia (Sukma) Johor akan dipenuhi kes doping selepas seorang atlet muda olahraga dikesan positif bahan terlarang jenis anabolic steroid.

Kes doping olahraga yang dilaporkan Nadi Arena semalam merupakan yang pertama sejak 2011.

Apa yang mengecewakan, ia berlaku tatkala usia atlet terbabit masih lagi muda dan sepatutnya menyertai Sukma Johor.

Ia petanda negatif selepas empat atlet positif doping ketika Sukma Perak, dua tahun lalu.

"Kalau boleh, dalam Sukma Johor nanti, Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) ambil tindakan. Adil dan semua akan melalui ujian sama ada menang pingat atau secara rawak," kata Hup Wei.

"Saya rasa atlet muda tidak mengambil perhatian serius terhadap perkara sebegini. Kalau sudah terlibat sekali, susah. Kalau beli ubat di luar, boleh lakukan semakan," katanya.



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen