Hoki Ais: Skuad negara azam kekal momentum kemenangan 

Oleh Penulis Jemputan 14 Disember 2017 83
Hoki Ais: Skuad negara azam kekal momentum kemenangan 
Berbekalkan kemenangan 11-0 ke atas Filipina dalam aksi pembukaan, skuad negara yakin mampu menumbangkan India dalam aksi kedua Kejohanan Hoki Ais Piala Cabaran Asia B-20 apabila kedua-dua pasukan bakal berentap hari ini. 

Kelmarin, skuad negara mengganas dengan menumbangkan Filipina dalam aksi sulung di Stadium Luncur Nasional Malaysia. 

Tiga pemain negara, Nurul Nizam Deen Verluis, Mohammad Hariz Oryza Ananda, dan ketua pasukan, Bryan Lim Chee Ming, masing-masing meledak hatrik dalam perlawanan tersebut.

Ditambah pula India tewas 6-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi pertama mereka, sudah pasti ia situasi yang perlu dimanfaatkan oleh barisan anak buah Kristof Kovago. 

Dalam masa sama, Kovago tidak merancang banyak perubahan untuk aksi seterusnya sambil mengingatkan anak buahnya untuk tidak memandang rendah keupayaan pihak lawan. 

"Kalau kami meneruskan rentak sebenar, kami boleh menang. 

"Ini adalah perlawanan hoki ais dan Kejohanan Piala Cabaran Asia B-20, prestasi pasukan akan ada turun dan naik, lebih-lebih membabitkan pasukan remaja," kata Kovago. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen