Hoe Yan mohon Malaysia Swimming anjur kejohanan kelayakan Olimpik

Oleh Ammar Hakim 17 Januari 2021 19
Hoe Yan mohon Malaysia Swimming anjur kejohanan kelayakan Olimpik
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yan, meminta Malaysia Swimming menganjurkan kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo membabitkan atlet kebangsaan seperti dilakukan negara jiran, Singapura.

Ia susulan penundaan banyak saingan termasuk kejohanan peringkat usia yang sepatutnya berlangsung minggu ini.

Perenang berusia 18 tahun itu bimbang hajat untuk buat penampilan sulung Sukan Olimpik musnah jika tiada kejohanan domestik yang menawarkan tiket kelayakan memandangkan dia tidak merancang ke luar negara.

"Saya berasakan penganjuran saingan kelayakan Sukan Olimpik amat diperlukan," kata Hoe Yan.

"Saya tidak memiliki pelan B buat ketika ini, saya tidak berasakan mudah untuk berkelana ke luar negara bagi menjalani persiapan. Buat masa ini kami perlu menunggu dan lihat terlebih dahulu."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen