Hie Phin undur diri

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2017 2420
Hie Phin undur diri
Kesukaran meneruskan kelangsungan hidup dengan hanya mengharapkan elaun sebagai atlet mendorong pemain ping pong negara, Ting Hie Phin, mengundurkan diri daripada kem
kebangsaan.


Hie Phin pernah berada dalam program Kita Juara untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari April hingga Ogos lalu.

Setelah tamat khidmatnya, Hie Phin mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama kem kebangsaan.

Dia kini kembali menjadi akauntan di sebuah firma di ibu kota dengan alasan sukar untuk dirinya menampung hidup berdasarkan elaun sebagai atlet ping pong negara.

"Tiada jaminan masa depan untuk kekal sebagai atlet. Usia semakin meningkat, jika kecederaan berlaku, ia akan menjejaskan prestasi," katanya.

Bekas juara kebangsaan sebanyak dua kali itu juga mendedahkan kecederaan belakang dan lutut menjadi punca dia tidak mahu lagi beraksi di peringkat kompetitif.

Ketiadaan Hie Phin bermakna skuad ping pong terus kehilangan sandaran penting selepas dua tonggak senior, Shakirin Ibrahim dan Ng Sock Khim, sudah menyatakan pendirian untuk bersara.

"Saya mempunyai kecederaan pada kedua-dua belah lutut saya, jadi ia merupakan keputusan saya untuk mengundurkan diri," ujarnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen