Hasrat lihat persaingan antara Jun Hoong, Pandelela tidak kesampaian

Oleh Ammar Hakim 14 September 2020 193
Hasrat lihat persaingan antara Jun Hoong, Pandelela tidak kesampaian
Hasrat menyaksikan persaingan antara bekas juara terjun dunia, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong, berentap pada kejohanan atas talian, November ini tidak kesampaian.

Jun Hoong memilih untuk menarik diri disebabkan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi Piala Dunia di Jepun, Februari tahun depan selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.

Persekutuan Renang Malaysia ingin menganjurkan kejohanan atas talian yang bakal disertai beberapa negara lain sebagai aksi pemanas badan pertama sejak Mac lalu.

Walaupun beberapa pihak berpendapat ketiadaan Jun Hoong menjejaskan kemeriahan kejohanan tersebut tetapi kem terjun negara tidak mengendahkan perkara tersebut dan terus fokus terhadap persaingan yang bakal dihadapi.

"Terdapat ramai lagi pesaing dalam kejohanan ini. Ini merupakan kali pertama kejohanan atas talian ini dijalankan dan ini merupakan masih lagi dalam fasa percubaan," kata penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen