Hamberi sahut cabaran bimbing atlet para 

Oleh Ammar Hakim 4 Oktober 2020 102
Hamberi sahut cabaran bimbing atlet para 
Bekas pelari pecut negara, Hamberi Mahat, menyahut cabaran untuk mengendalikan skuad olahraga para negara.

Cabaran pasti lebih mencabar walaupun beliau memiliki pengalaman sebagai jurulatih pecut atlet normal.

Juara 100 meter kebangsaan 2001 itu pernah membimbing beberapa pelari pecut negara seperti Zabidi Ghazali ketika bertugas di Majlis Sukan Negara (MSN) selama empat tahun sebelum berakhir pada 2017.

Tugas kali ini ialah membantu Ridzuan Puzi mempertahankan pingat emas T20 Sukan Paralimpik Tokyo, tahun depan.

"Kembali saya bersama MSN adalah untuk melatih skuad olahraga para negara. Saya seorang yang mahukan cabaran dan seperti yang diketahui, mereka adalah insan istimewa dan saya sangat teruja untuk melatih mereka ke tahap terbaik," kata Hamberi.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen