Haikal sedia sahut cabaran

Oleh Staff Writer 18 November 2017 341
Haikal sedia sahut cabaran
Pelari pecut negara, Muhammad Haikal Hanafi, berdepan persaingan sengit antara rakan sepasukan untuk beraksi dalam saingan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 bagi acara 4x100 meter.

Seramai lima atlet ketika ini berada dalam senarai bagi mengisi kuartet 4x100m, iaitu Nixson Kennedy, Badrul Hisham Abdul Manap, Khairul Hafiz Jantan serta Haikal sendiri.

Dia selaku pelari pertama harus bekerja lebih keras bagi memastikan layak ke Gold Coast memandangkan hanya acara kuartet untuknya bertanding manakala 100m dan 200m lebih tertumpu kepada Khairul Hafiz.

Sekiranya berpeluang, dia juga tidak ketinggalan akan mengikuti Khairul Hafiz ke Jerman pada Februari depan bagi menjalani kem latihan.

"Jika ada rezeki, mereka akan menghantar kami menyertai kem latihan di Jerman dan jika tidak, kami akan berusaha keras di sini.

"Bagaimanapun, slot pelari tetap perlu direbut," katanya.

Haikal meraih pingat perak bagi acara 100m lelaki terbuka dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selepas menamatkan saingan dengan catatan 10.77 saat.

Dia ditewaskan oleh rakan sepasukan daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Abdul Wafi Roslan, dengan catatan 10.69s.

"Saya rasa agak berdebar apabila perlu berlumba dengan atlet-atlet kebangsaan," ujar Wafi.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen