Hagy belum selesa dahului The American Express

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Januari 2021 41
 Hagy belum selesa dahului The American Express
Brandon Hagy mencatat enam di bawah par 64 untuk mendahului pusingan pertama Kejohanan Golf The American Express dengan satu pukulan, sebentar tadi. 

Hagy merekodkan 10 birdie dan dua bogey sepanjang pusingan awal di PGA West Nicklaus Tournament Course, California, untuk mendahului Byeong Hun An dengan satu pukulan. 

Ini kali kedua dalam karier Jelajah PGA pemain Amerika Syarikat (AS) itu untuk memimpin saingan 18 lubang dan buat kali pertama dicapainya sejak Terbuka Kanada 2017.


 

Kim Si-woo pula mempamerkan persembahan terbaik ketika memulakan hayunan di lapangan berusia 66 tahun itu, PGA West Stadium Course, dengan mencatat eagle di lubang kelima sekali gus meraih tangga ketiga.

Martin Laird dan Max Homa berada di samping Kim dengan dua pukulan mengekori Hagy.

Sekumpulan sembilan pemain melakar catatan 67 termasuk Charl Schwartzel dan Alex Noren.

Sementara itu, juara bertahan, Andrew Landry, mencatat 2 di bawah par 70 untuk menghuni tempat ke-61.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen