Gu Yuan sedia pikul tugas sementara

Oleh Penulis Jemputan 24 Disember 2018 266
Gu Yuan sedia pikul tugas sementara
Jurulatih baling tukul besi negara, Gu Yuan, bersedia untuk menggalas tugas pengendali sementara skuad lempar cakera bagi menggantikan Frank Petrovic yang ditamatkan kontrak. 

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mencadangkan Gu Yuan untuk memantau sesi latihan skuad lempar cakera negara.

Dia satu-satunya jurulatih elit luar negara yang masih dikekalkan dalam skuad olahraga tatkala tiga lagi pengendali ditamatkan kontrak.

"Sebelum ini, semua telah diajar. Semua acara tampak baik. Saya hanya tunggu mesyuarat daripada pihak atasan dan jika mereka berasa saya perlu ada, saya akan cuba. Namun, saya juga risau tentang kekangan masa," kata Gu Yuan.

Turut meninggalkan Malaysia adalah jurulatih lompat kijang, Victor Sotnikov, dan Alex Steward (lompat tinggi).

KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja bulan depan untuk menentukan pengganti sesuai.

Selain Gu Yuan, beberapa jurulatih pelapis juga diminta untuk menjadi pengendali sementara skuad lompat kijang dan lompat tinggi, sekali gus menambah cabaran pengendali olahraga.

"Saya memang tiada masalah di bawah kendalian Gu Yuan. Saya faham dia tidak akan abaikan latihan saya. Bagaimanapun, ia juga satu cabaran buat mereka," ujar atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen