GR Highlander juara bawah 18 tahun Kejohanan Bola Jaring Antarabangsa ke-26

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2016 0
GR Highlander juara bawah 18 tahun Kejohanan Bola Jaring Antarabangsa ke-26
Perak muncul juara kategori bawah 18 tahun, Kejohanan Bola Jaring Antarabangsa Ke-26 USM-Pulau Pinang setelah menundukkan pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 19-14 di Arena Sukan USM, Pulau Pinang, kelmarin

Sebelum itu, Perak yang diwakili pasukan GR Highlander (Sekolah Sukan Negeri Perak) menewaskan Sri Lanka 23-2 di peringkat separuh akhir.

Jurulatih GR Highlander, Hasimah Shaari, berbangga dengan pencapaian anak buahnya, malah mahu perancangan lebih teratur dibuat bagi menghadapi kejohanan akan datang.

"Ini antara pencapaian terbaik pasukan ini.  Pengalaman di pentas akhir kejohanan di peringkat negeri dan kebangsaan sebelum ini banyak membantu," katanya.

Pemain GR Highlander, Khairil Nisa Nazri, turut dipilih sebagai pemain terbaik.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen