Dua penerjun negara, Kimberly Bong dan Pandelela Rinong, menampilkan persembahan mantap di peringkat saringan untuk melayakkan diri ke separuh akhir acara 10 meter platform wanita dalam saingan GP Terjun Kuala Lumpur di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Sembilan penerjun terbaik layak ke separuh akhir 10m platform wanita dan pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong, berazam untuk menemui prestasinya semula selepas mengalami kecederaan yang menggugat persembahannya pada musim ini.

Kehadiran wakil dari China dan Great Britain menyaksikan penerjun-penerjun negara berdepan saingan sengit, namun Kimberly dan Pandelela berjaya melepasi pusingan kelayakan walaupun selepas lima pusingan, penerjun China, Zhang Jiaqi, mengungguli peringkat saringan dengan kutipan mata 322.50.

Pandelela menamatkan pusingan kelayakan di tangga kelima dengan jumlah kutipan 211.50 mata sementara Kimberly di tangga ketujuh.

Sekiranya mereka berjaya melepas aksi separuh akhir, final akan dilangsungkan pada petang ini bermula jam 3:30 petang.