Kredebiliti Kim Leun Kwang sebagai prospek masa depan negara bakal diuji di pentas Kejohanan Golf Klasik CIMB.

Ini susulan kejayaannya layak ke kejohanan Jelajah PGA itu sebagai juara kebangsaan.

Leun Kwang memperoleh hak dalam kejohanan ini selepas mengungguli play-off bagi Kejuaraan Kebangsaan CIMB hujung bulan lalu.

Kini dia bakal kembali ke di lapangan TPC Kuala Lumpur untuk berentap dalam kalangan pemain terbaik dunia.

Kisah yang mengiringi Leun Kwang adalah persahabatan yang mendukung dirinya sehingga layak ke kejohanan ini.

Dibimbing sahabat karib dan pemain nombor satu negara, Gavin Kyle Green, mereka akan membawa cabaran Malaysia bermula Khamis ini.

"Ini merupakan kali pertama beraksi dalam kejohanan ini dan saya tidak sabar untuk memberikan yang terbaik," kata Leun Kwang.

"Saya akan cuba menikmati setiap saat beraksi dalam Jelajah PGA ini dan meraih pengalaman yang berguna."