Golf Klasik CIMB: Ben dihambat kepenatan 

Oleh Penulis Jemputan 12 Oktober 2018 64
Golf Klasik CIMB: Ben dihambat kepenatan 
Hari kedua Kejohanan Golf Klasik CIMB menyaksikan perubahan kepada pendahulu saingan.

Bagaimanapun, Ben Leong kekal sebagai terbaik Malaysia meskipun bergelut dengan keletihan.

Ben yang menggantikan Gavin Kyle Green sebenarnya sudah enam minggu berada di lapangan golf berbeza.

Hari kedua di TPC Kuala Lumpur hari ini menampakkan tumpuannya terjejas di lubang ke-10 dan 11 apabila merekodkan bogey dan double bogey.

Mujur dia kembali bangkit di tujuh lubang berikutnya untuk menamatkan hari kedua terikat di kedudukan ke-29 menerusi catatan enam bawah par 138.

"Saya memulakan aksi dengan agak baik, namun kehilangan rentak pada lubang ke-10 dan 11.

"Begitupun, saya berjaya untuk bangkit.

"Bermain di lapangan berbeza dalam tempoh enam minggu membuatkan saya sedikit kepenatan.

"Apapun, saya perlu menghadapinya jua," katanya. 

Sementara itu, pendahulu hari pertama, Bronson Burgoon, hilang momentum apabila jatuh ke kedudukan kelima.

Sementara itu, wakil kedua Malaysia, Kim Leun Kwang, bergelut apabila menamatkan hari kedua di tangga terakhir hasil catatan lapan atas par 152.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen