Gimrama: MGF fokus pembangunan skuad remaja 

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Februari 2020 89
 Gimrama: MGF fokus pembangunan skuad remaja 
Jawatankuasa Delegasi Teknikal Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Petrina Low, mengambil langkah persiapan jangka masa panjang dalam misi menghantar empat wakil muda ke Sukan Olimpik Remaja 2022. 

Demi masa depan skuad gimrama, MGF mahu menambah jumlah atlet pelapis kebangsaan selain akan diberi pendedahan untuk memburu tempat ke Sukan Olimpik Remaja dua tahun lagi. 

"Empat atlet akan diserapkan sebagai pelapis kebangsaan. 

"Ini tahun pertama mereka menyertainya kerana sebelum ini mereka mewakili negeri dalam beberapa kejohanan seperti sirkit remaja.

"Dari situlah potensi mereka dikesan," katanya ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.




Selain itu, Petrina, yang ditemui ketika hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN), menjelaskan tiada perubahan akan dilakukan pada musim ini apabila mengekalkan barisan atlet elit dan jurulatih sedia ada. 

Tambahnya, skuad utama hanya akan mengharungi kejohanan tahun ini sebagai pendedahan memandangkan mereka gagal meraih slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

"Tahun ini mereka akan menyertai kejohanan-kejohanan yang ada untuk mengutip pengalaman termasuk Sukan Malaysia (Sukma Johor) yang akan menampilkan atlet pelapis, bukannya senior."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen