Gimnastik: Shu Liang kini kendali skuad senior kebangsaan

Oleh Ammar Hakim 2 November 2020 44
Gimnastik: Shu Liang kini kendali skuad senior kebangsaan
Tahun 2020 menyaksikan begitu ramai atlet gimnas lelaki negara dibelenggu kecederaan serius dan ada juga yang mengumumkan persaraan, ia sekaligus menghadirkan masalah buat ketua jurulatih negara, Ng Shu Liang, yang kini ditugaskan memacu program senior buat kali pertama sejak sedekad berada dalam barisan kejurulatihan negara.

Shu Liang mengambil tugasan tersebut daripada Tan Jia En susulan rombakan dalam skuad lelaki.

Di bawah program Jia En, Chau Jern Rong yang bersara tahun ini mengalami kecederaan serius di samping Jeremiah Loo dan Tan Fu Jie.

Shu Liang sudah pun menyerap masuk lima bakat daripada skuad remaja termasuk pemenang pingat emas kekuda berpelana Piala Remaja Asia 2019, Ng Chun Cheng.

"Lima gimnas muda telah diserap dalam skuad kebangsaan. Mereka dijangka berdepan kesukaran ketika barisan beberapa atlet senior yang mengalami kecederaan sementara ada yang telah bersara," kata Shu Liang.

"Chun Cheng merupakan antara atlet yang menyinar namun saingan kelayakan dalaman akan dijalankan bagi memilih yang terbaik."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen