Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann

Oleh Muzaffar Musa 1 September 2020 2492
Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann
Skuad gimnastik negara berdepan risiko kehilangan khidmat Farah Ann Abdul Hadi apabila pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu menyuarakan hasratnya untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Perkara itu didedahkan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) selepas tamat mesyuarat kriteria pemilihan ke Sukan SEA Vietnam dan Sukan Malaysia (Sukma) Johor di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

"Sukan SEA selepas Sukan Olimpik, jadi jika dia meneruskannya (kerjaya sebagai gimnas), sudah pasti kami mahu dia menyertainya," kata Deligasi Teknikal Gimnastik Artistik Wanita MGF, Soo Seck Foong. 

"Tetapi jika dia mahu bersara selepas Sukan Olimpik, ia satu kes yang berbeza.

"Dia ada memaklumkannya (mengenai persaraan) sebelum ini tetapi saya belum benar-benar pasti kerana dia juga bukan muda lagi," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen