Usain Bolt memberitahu kepada Justin Gatlin bahawa dia tidak berhak dicemuh selepas merampas pingat emas dalam acara 100 meter Kejohanan Dunia IAAF.

Gatlin telah digantung sebanyak dua kali dalam kariernya kerana pengambilan bahan terlarang dan menerima satu layanan yang kurang baik di Stadium London berbanding Bolt, dengan pelari dari Amerika Syarikat itu dicemuh manakala Bolt terus diberikan sokongan padu.

Atlet berusia 35 tahun itu terus dihujani cemuhan selepas dia menjadi orang pertama menewaskan Bolt dalam acara 100m dan mencipta sejarah apabila muncul atlet tertua untuk memenangi acara tersebut dengan catatan masa 9.92 saat.

Bolt, yang mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga di belakang Christian Coleman dan Gatlin, mendedahkan Bolt memberikan sokongan kepadanya selepas tamat perlumbaan tersebut.

"Kami adalah musuh di trek tetapi kami masih lagi mampu berjenaka," kata Gatlin.

"Perkara pertama yang dia beritahu kepada saya adalah, 'tahniah, anda telah bekerja keras untuk kejayaan ini. Katanya lagi, 'anda tidak layak dicemuh' dan saya berterima kasih kerana memberikan inspirasi kepada saya."

Bagaimanapun, Gatlin tidak tergugat dengan layanan yang diberikan kepadanya.

"Saya hanya memberikan fokus kepada perlumbaan saya sepanjang saingan kali ini. Saya menyimpan tenaga saya sehingga saingan separuh akhir sebelum memberikan yang terbaik dalam final."